Jom Klik

Wednesday, May 25, 2011

Cukup Ngeri la

Murid ditarik depan sekolah

 

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.
Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.


“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya.


Sumber: Harian Metro

 

12 comments:

  1. eh? jalan semarak...ntah2 sekolah rendah saye dulu

    ReplyDelete
  2. gila betul mereka ni..guard kena meronda jugalah..

    ReplyDelete
  3. org2 mcm ni mmg menakutkan, hati2 la dgn semua org walaupun org yg rapat dgn kite, huhu

    ReplyDelete
  4. BUAT PARENTS TAKUT JE SETIAP KALI ANAK KAT SEKOLAH...LANGGAR JE LAKI TU

    ReplyDelete
  5. ee, mentakutkann . knp seyh ade owg gile seks bagai . :/

    ReplyDelete
  6. ...bahaya betOi zaman sekarang nih....10tahun...budak2 sgt lagi...yaAllah...takutnya...

    ReplyDelete
  7. pehh dasat..
    nsb baek budak tu selamat..

    ReplyDelete
  8. salam kenal n thanx singgah & folo my blog..:-)

    eh seramnye..sian budak tu. sib baik selamat kan..nauzubillah..skang ni ramai tol org gila seks. g siam la cari pelacur..eh geram lak saya huhuh

    ReplyDelete
  9. dunia yang tak pnah aman dan selamat...

    ReplyDelete
  10. kalo student gua pegi bilik air, hati gua mesti debar2 takot student2 gua kena apa2... nauzubillah

    ReplyDelete
  11. nauzubillahi.... macam2 sekarang ni....dgn kes simbah asid lg...

    ReplyDelete
  12. Elok hukuman sebat jea bagi kalau dapat,wlaupun belum sempat nak rogol

    ReplyDelete

Popular Posts