Jom Klik

Monday, February 28, 2011

Demam Telah Melanda

Sedih betul la aku ari ni. Tiba-tiba jer sitwin ku demam dengan muntah-muntah lak tu. Dah la hari ni ada majlis dengan nak ambik pic untuk semua staff lak tu. Terpaksa la aku buat rayuan kat myhubby mintak izin die jaga kejap jer. Mula-mula aku ingat nak hantar rumah pengasuh jer kejap. Tapi hubby kate tak pe la die boleh jaga kejap. Aku pun ape lagi duk office pun tak senang duduk. Majlis baru jer habis dah tengok miss call dari hubby suruh cepat pulang. Dengar suara die meleter pun aku dah naik pening. Sesi ambik pic belum lagi bermula. Aku dengan doa agar semua cepat-cepat berakhir. Member-member office suruh tunggu sampai siap makan. Aku cakap tak pe la. Selesai ambik pic aku pun cepat-cepat cabut. Dah la pagi-pagi kene mengadap akauntan aku untuk mintak cuti. Nasib baik die tak banyak sogeh. Kalau tak pening la gak kepala aku.

Balik terus bawak gi klinik. Ambik kau harga ubat RM 53.00. Tapi jangan lupa lak ambik bil claim kat office lak. hi..hi...hi...

Kita posing lak dengan pic-pic manarik ni.

  Nak tau ubat-ubat ni masuk kot bontot.

Ubat ni 2 plastik untuk 1 orang. Sian anak ku aisyah. Bile masuk ubat kot bontot die cakap mie cakit me. Sya cakit. Kesian sangat dengar die merintih. Biase la die semenjak 2 menjak ni manja sungguh. Lepas masukkan ubat kita tengok lak reaksi die orang macam mana..

tengok boleh tersengih...


tengok aiman sedapnyer tido lepas masuk ubat...


Saturday, February 26, 2011

Jom Heboh @ Kuala Terengganu

Yu..hu.... Jom heboh telah singgah di Kuala Terengganu. Bermula pada 25.2.2011 hingga 26.2.2011. Ramai la yang teruja nak pergi. (hi..hi..hi... termasuk aku la tu). Bertempat di Dataran Shah Bandar.Aku pun plan la dengan myhubby nak gi ni. Mula-mula plan petang tengok punyer tengok cuaca panas sangat la pada waktu petang. Kesian lak kat mytwin kalau pergi tengah-tengah panas. Aku dengan myhubby dah pikir parking punyer la jauh. Myhubby pun cakap kite g waktu malam la.

Aku dengan myhubby pun pergi la pada waktu malam. Fuyoo... Punyer la jem giler jalan. Aku pun naik pening tengok. Cari punyer parking jauh gak dapat parking. Jalan pun dah penat. Kene dukung pulak mytwin. Fuh... Turun lemak kat peha 5 kg. ha...ha...ha... Dah la dah 2 minggu tak pergi jogging. Sampai jer kat tapak jom heboh. Ramai giler orang yang datang. Macam-macam ragam dapat aku tengok. Biase la tempat orang ramai. Gerai jualan pun dah banyak tutup mungkin dah penat atau die orang simpan stok untuk jualan hari esok. Tapi sempat la aku beli 2, 3 jenis barangan. Nak snap pic. Tension bateri phone aku lak yang abis bateri. Hu..hu...hu.... sedih sungguh la. Sempat lak tengok pertandingan karaoke kat gerai hotlink. Lepas tu persembahan dari Tomok & Akim.

Penat la jugak. Last-last aku cakap dengan myhubby jom ler balik. Ngantuk la. Biase la aku pun bukan sihat sangat. Maklumla orang kene selsema. Malas la nak menjengok lame-lame kat satu-satu gerai. Bukan semua gerai yang aku terjah. Tapi barang-barang yang dijual boleh dikatakan murah la. Kalau sesiapa yang masih belum ade kesempatan pergi jom la singgah. Meramaikan lagi tapak jom heboh. Malam  ni ade konsert lak tu. Nak suruh aku pergi sorry la. Baik aku tido kat rumah.Sebab aku dah tahu orang mesti berganda-ganda dari semalam.

Thursday, February 24, 2011

Petua Membelai Cinta

Nota: Petua Membelai Cinta yang disampaikan oleh Us. Ismail Kamus ini begitu popular dan banyak dijadikan rujukan dan motivasi kehidupan rumahtangga.

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir.

Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh sisuami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat,hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan,lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya. Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.

"Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, si suami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.

Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam,maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan. Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala. Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.

TEGUR CARA BERHIKMAH

Ustadz Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada- Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya,menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepadanya jua mereka dikembalikan."

"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya." Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya. Antara maksudnya,

"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan).

Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana.KepunyaanNya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah."

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat. Nabi bersabda, Barangsiapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab

Tuesday, February 22, 2011

Semangat Kerja

Yahoo.... Semangat kerja ku telah kembali menjelma. Berkobar-kobar ni nak siapkan kerja yang semakin bertambah-tambah. Kerja...kerja...kerja... nanti kerja ku akan bakal dikacau oleh audit yang akan menjelma kat office ku ni. Hah.... baik siapkan keje yang mane boleh buat sebelum diorang datang. Nanti K.I.V lagi. Yang nyata lepas audit keluar aku pun hmmmm..... Nak cuti la. Rehat minda serta otak ku. Siap gak kat die orang ye. Eleh padahal tuan tubuh dah malas nak keje.Cuma nak cuti jer. Sian kat otak dgn minda plk. ha...ha...ha....

Semoga mood aku berjalan dengan lancar pada hari ni. Jangan lak diganggu oleh perkara-perkara yang tidak diingini.Tapi ade la kecewa sikit. Fail yang aku nak dari semalam tak muncul-muncul lagi. Puas bertanya kat staff office ku. Semua cakap tak de dengan die orang. Last-last buat jer la dengan ape yang ade. Semantara semangat aku masih belum luntur. Yu hu... sambung balik keje ek....

Monday, February 21, 2011

Ngantuk

Hari ni mengantuk sangat-sangat. Nak buat macam mana semalam aku tak dapat tido. Tido dah awal dalam kul 11 malam gitu. Aik macam mana boleh terjaga dalam pukul 1.30 pagi. Perkara yang paling aku tak suka ialah terjaga diwaktu aku sedang nyeyak tido. Kacau jiwa ku. Bukan ape aku ni golongan terjaga dan memang payah nak tido balik. Berjaga la aku dimalam hari. Asyik tido berjaga. Terlelap kejap terjaga lagi. Sampai alarm h/p aku pun berbunyi pukul 5.30 pagi. Aik dah pagi rupanyer. Nak tak nak kene bangun sediakan sarapan pagi. Dengan muka yang puas ati aku terpaksa menyediakan sarapan pagi. Boleh pulak termenung kat pintu dapur. Sampai hubby aku tanyer kenapa. Aku cakap ngantuk. Die bukan tau aku tak dapat tido. Asyik melayan tv jer die. Sampai pagi die boleh melayan tv. Heran betul aku. Kalau aku sorry la. Baik aku tido. 

Nak dijadikan cerita hari ni punch kad ku merah lagi. Tengok punch kad merah pun dah hangin 1 badan. Memang aku buat sesi termenung tu yg merah lg. Duk dalam bilik air pun termenung. Mula la g kerja pecut jer bawak kereta. Dah la keje dalam keadaan mengantuk ape nak buat semua tak jadi. Claim yang aku dah semak hilang tak tau kat mane. Fail yang aku nak pun tak jumpe. Ape kes ni?? Dah la kepala tengah pening. Tido dah cukup. Semua keje aku tak jadi hari ni. Nape ni??? Tolong....tolong.... tolong... Nak lelap mate sekejap pun tak dapat. Aku ni jenis payah tido disiang hari. Orang lain tido aku terkebil-kebil seorang diri. Hari yang cukup meneydihkan pada hari ni.









Dividen KWSP 5.8%

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, sekali gus menjadikannya tertinggi pernah dicapai dana persaraan berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, ia bayaran dividen tertinggi pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding RM19.37 bilion bayaran dividen pada 2009.

“Pada 2009, kadar dividen yang dibayar sebanyak 5.65 peratus, namun untuk tahun lalu bayarannya meningkat 11.55 peratus.
“Pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan dengan pendapatan pelaburan kasar dana ini mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion,” katanya.

Menurutnya, jumlah berkenaan juga merekodkan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009.

“Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu dijana terutama daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.

“Bayaran dividen ini diperoleh selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya.

Samsudin berkata, untuk bayaran dividen tahun lalu, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli.

“Bayaran dividen ini diperoleh selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya.

Samsudin berkata, untuk bayaran dividen tahun lalu, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli.
Jumlah itu meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada 2009.

Menurutnya, walaupun KWSP optimis momentum yang positif itu akan berterusan pada tahun ini, namun prospek untuk 2011 bergantung kekukuhan ekonomi domestik dan antarabangsa.

“KWSP akan mengekalkan matlamat untuk melabur mengikut objektif strategiknya dan pada masa sama mengambil inisiatif pengurusan risiko yang ketat bagi menguruskan secara berkesan sebarang ketidaktentuan dan ancaman yang dihadapi,” katanya.

Mulai hari ini, ahli boleh mendapatkan penyata kira-kira KWSP untuk menyemak kemasukan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun.

Sumber : Harian Metro

Saturday, February 19, 2011

Duit Oh Duit




Cantikkan??? Katalog jam ni sampai bersama penyata kredit kad aku. Fuyoo... Cantik la. Harga pun cantik gak.Mula-mula aku buat biasa jer. Eh dah lama aku mengendap katalog ni berkenan dihati la pulak. Bila dah lama rase jatuh cintan la pulak.Ya ampun.. Mahal betul la.Kalau la harga jam ni dalam RM 500 atau RM 600. Emm... Dah ku rembatnya jam ni. (eh macam main bola sepak la pulak). Kalau bayar ikut ansuran dalam RM 1,6xx.xx. Kalau harga tanpa diskaun dah RM 2k...Baik la kau buat beli yg lebih berfaedah & berguna dari beli jam mahal. Tak mampu aku. Hanya mampu untuk melihat ajer. Biase la orang gaji ciput macam aku ni berangan nak beli barang mahal macam ni. Jawapannya makan maggi la dalam 4,5 bulan. Ish.... Bukan sebulan 2. Tapi 4,5 bulan lama tu.

So kepada orang yang berangan macam aku ni. Simpan jer la niat murni lagi mulia tu.                                                                                                                                

Friday, February 18, 2011

Diet Rasullulah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan CUKA bersama IKAN
Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan  kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.
http://www.islamic-replies.ucoz.com/Benefits_Of_Prayer.html


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Monday, February 14, 2011

Berat Badan

Hari ni budak office aku ada beritahu. Berat badannya dah naik. Dah nak sampai target tu. Tapi aku??? Hu...hu...hu.... Nak gi timbang pun tak berani sbb takut kalau bertambah turun. Tolong...tolong........ Tak pe la. Nak buat macam mana ek. Slow...slow la... Kan naik mendadak pengsan lak aku. Tapi lupa lak aku nak tanya die. Die makan nasi dingin ke? Sebab die pernah bagi aku petua kalau nak tambah berat badan kene makan nasi dingin. Entah betul atau tidak aku tidak tahu.

Sebenarnya aku nak rase gak badan berisi sikit. Sebab ramai la orang cakap aku kurus sangat. Nak letak pic kat blog pun tak berani. Anda berani??? hi...hi....hi.... Biat berat badan aku naik lu cikit. Baru aku letak kat blog. Tunggu...................

Amalan 8P

Amalan 8P-  Ustazah Siti Nur Bahyah
1.        P yang pertama ialah ?puji? iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2.        P kedua ialah ?peluk? yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3.        P seterusnya ialah ?penghargaan? di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4.        Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
5.        P seterusnya mewakili ? persefahaman ? kerana kerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6.        satu lagi P adalah ?percutian? di mana  perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
7.        P selanjutnya membawa maksud ?pergaulan? iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
8.        P yang terakhir ialah ?permohonan? iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. A pabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

?Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga?

Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
[31] Al-Imran
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[200] Al-Imran
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan

Sunday, February 13, 2011

Kesibukan Telah Melanda Diri Ku

Hu...hu...hu....Sedih betul la. Masa sibuk ku telah datang. Tolong...tolong.... Audit nak masuk aku pun bz sesangat la. Nak update blog pun tak sempat. Hari minggu pun tak sempat. Banyak betul urusan yg perlu diselesaikan. Pening..pening...pening.. Selagi audit tak masuk jangan mimpi la nak tengok borang cuti. Nak tengok pun tak boleh. Sah ke nak cuti. Jawapannyer cukup mudah. Cuti dibekukan sehingga audit keluar. Nak mintak cuti mase ni aku rase nak hantar borang dah kecut perut. Canner???caner?? Nanti banyak la pulak soal menyoal. Yang penting aku tak mahu datang keje pada hari minggu. Tu la tersangat-sangat penting. Jadi semua keje kene siapkan pada waktu pekerja sahaja. Balik lewat ckit pun tak pe. Janji ari minggu boleh duk rumah.

Entry aku ni dah kira pendek giler. Sbb otak  pun dah beku. Kita jumpa dihari lain pulak.

Thursday, February 10, 2011

Award For You Lekat Lekit Gurl Story

Untuk si gadis comel pena rozie mau bagi ni.....






Sebabnyer die adalah follower yg ke 100....
Kepada sesiapa nak berkenalan dengan gadis comel ni
Jom kite terjah blog die http://lekatlekitgurl.blogspot.com
Jom tengok tuan punyer blog...




Ape pun tak dilupakan kepada semua bloger-bloger yer.....

Wednesday, February 9, 2011

Sepetang Di Sekayu

Gembira hati aku baru ari ni baru dapat taip menaip entry aku g ke Sekayu. Nak buat macam mana sekarang tengah bz giler. Maklum la audit dah nak menjengah kat office ku. Selagi die tak keluar. Mmm jangan mimpi nak duduk relax yer. Jom tengok pic-pic yg menarik yg aku berjaya snapkan mase pergi mandi manda kat sekayu.

tengok sape yg ikut...


Sape lagi myhubby la, mytwin dengan anakbuah 2 orang.

Pintu Gerbang tau....

Jom tinjau tiket masuk..


Tengok walaupun harga minyak ke barang ke yang naik tapi harga tiket tetap dari dulu hingga kini. Seringgit jer. Jangan risau.


Aku pilih nak mandi tempat kawasan pertanian jer. Sebab tempat tu kira selamat la bagi kanak-kanak. Sebelum masuk jangan lupa daftar dulu. Nanti kalau jadi perkara yang tidak diingini senang die orang nak bertindak.

cantikkan siap ade tasik la....





ni la tempat yang aku nak g.
 
Ingat ni mase bermain. Bukan ape selepas waktunya tiada la pengawasan dari pihak pengurusan.


Tempat ni terdapat 2 kolam. 1 untuk kanak-kanak dan 1 lagi untuk orang dewasa. So bagi aku selamat la. Tak payah la nak mandi manda kat celah-celah batu.


Nak tau kena anak manja ku ini menagis. jeng...jeng...jeng... kesnya air sejuk jer. Air kat cni memang sejuk. Aku pun tak tahan. maklumla air semula jadi dari bukit.

baby girl pun sejuk gak...


sedia untuk terjun

Nak tau kat cni ade taman kaktus tau


ni jer yg berjaya disnap oleh ku

Kat sini bermacam-macam pokok buah-buahan yang ditanam. Ni salah satu darinya.....

taman duku pun ade

Nak tau semasa aku datang cni. Ade pertandingan memancing tau. Jom kita terjah pic pertandingan memancing lak.

ini iklan dari luar tau. pintu masuk sebelum daftar tadi

tengok la ramaikan kaki-kaki pancing

ingat kalau hari biase dilarang memancing tau

Aku bernasib baik sebab semasa ada seorang kaki pancing baru jer mendapat ikan.


besar gak ikan ni.

Aku tanye gak la myhubby ikan ape yg die dapat. Myhubby kata ikan baung la. Kalau negeri lain aku tak tau la panggil ape. Sebab aku sememangnyer memang bukan kaki kenal ikan. Kalau pergi pasar kalau tak kenal ikan ape. Main pakai tunjuk-tunjuk jer. Kelas kan. Yg penting kami memang enjoy pada ari tu.


Sunday, February 6, 2011

Aku Dah Pening Tahap Ben 10

Tak tau la ape masalah aku sehari dua ni. Semuanya aku jadi lupa. Ade kepatut semalam aku boleh tertinggal handphone aku kat rumah mak. Dah la on the way balik rumah separuh jalan. Baru teringat handphone tertinggal. Patah la balik. Nasib baik hubby aku tak marah. Dah la kene patah balik satu hal. Rase semalam nak beli taugeh (budak offce aku cakap anak kacang hijau ha...ha...ha...). Hajat hati nak goreng mee la untuk sarapan pagi. Sampai kat pasaraya baru teringat handbag tertinggal la pulak. Pening sungguh aku dibuatnya. Dah la dalam handbag tu ade broadband ku yg disayangi. Hampeh betul la.

Nak la bercerita tentang Sekayu. Kan dah janji ari tu. Ari ni pulak tertinggal pulak kamera kesayangan aku. Semua pic yang aku ambik kat Sekayu semua ada kat dalam tu. Nampak gaya semua kene tunggu la ya......


Saturday, February 5, 2011

40 Hari Sudah Berlalu

Sorry ari ni baru kesempatan nak post catitan ku ini.

Al-fatihah untuk arwah kawan ku tercinta Kartini Mat Nasir. Semoga roh ditempatkan bersama-sama orang yg beriman. Amin............

Sudah genap 40 hari kawan ku pergi meninggalkan kita semua. Begitu cepat mase berlalu. Terase semalam baru die pergi. Masih bermain-main di mata kenangan aku bersama die. Pergi bersama anak yang dikandung. Dan tinggalkan anak yang disayangi bersama suami yang tercinta.
kau tetap dalam kenangan

Pemergiannye cukup menyedihkan aku. Pergi tinggalkan anak. Kalau lah aku pergi dulu. Macam mane dengan sitwin ku. Itu la yg selalu aku pikirkan sejak kawan baik ku ini pergi. Tapi kalau itu takdirnye aku terima dengan redha. Sejak die pergi aku pun jadi sedih. Tiade kawan lagi untuk bergurau senda. Ketawanye masih bermain-main dimata. Kadang-kadang malam jer chat kat fb. Dulu mase keje 1 office selalu makan sama-sama. Ade jer projek aku dgn die. Gi situ la gi sini la. Pernah motor die hilang aku tunggu sampai ayahnyer sampai. Baru aku balik. Sedih betul la die mase tu.

Die tak de kenderaan  nak g keje aku g ambik die kat rmh die sebab aku tinggal sejalan jer dgn die. Walau tak keje 1 office dah aku jugak selalu jumpe dgn die. Sebab office sekarang belakang jer dgn office die. Kalau jumpe ade jer cerita. Kalau jumpa kat trafik light pun sempat lagi buka cerita.Tu la kisah aku dengan die. Jumpe tak abis dengan cerita. Die kawan baik aku. Mintak tolong carikan rumah sewa. Aku tolong carikan. Dapat la die duduk setaman dgn abang aku sebelum die pindah kat taman dekat dengan rumah maknyer. Kalau die mintak tolong payah sangat aku hampakan die. Same la dengan die. Kalau aku yang mintak tolong die akan tolong sedaya upaya die. 

Sejak die pergi aku selalu mendengar lagu ni. Sama-sama lah kita hayati..........

Ketulusan Hati - Marshanda

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Friday, February 4, 2011

Tahniah Buat En Rais Dgn Puan Gee

Ucapan tahniah untuk En Rais & Puan Gee kerana baru menimbang cahaya mata. Untuk En Rais anak yg ke 3 & Puan Gee anak yg ke 2. Kedua-dua dapat anak perempuan. Tahniah diucapkan sekali lagi. En Rais ni anak die semua perempuan tau. Yg Gee pulak dapat la sepasang. Sbb anak sulongnye lelaki.

ni saja yg mampu diberi....

Hari ni aku ade kelapangan menjenguk anak Gee. Dah nak buat macam mane dah janji dgn officemate minggu lepas tak dapat nak pergi. Untuk En Rais terpaksa la bg hand kat office. Sebab dapat la menjenguk anak Gee pun bersebab gak. Sebabnye adik die kawin tau.... Musim orang buat majlis kawin la. Sepanjang jalan ade majlis kahwin. Depan rumah die pun ade majlis kawin gak. Kalau takdapat nak menjenguk ari ni  terpaksa la menunggu Gee abis pantang la. Balik la die kat rumah sewanye. Rumah sewa die tak jauh pun dari rmh aku. Boleh masuk kut pintu dapur jer. Nakal pulak tengok hadiah yg aku beri. Die orang dapat baby perempuan. Aku lak g bungkus hadiah dengan warna biru. Tp jgn risau la ape yg aku beri tu warna pink gak. Cuma pembalutnyer jer biru. Nak buat mcm mane kedai yg aku g tu tak de warna pink la. 

Esok tak de plan la nak g mana2. Ingat kalaut tak de aral yg menjelma nak bawak mytwin la g mandi kat sekayu. Tunggu kemunculan kami di sekayu lak.

Wednesday, February 2, 2011

Broandband Ku Dah Menjelma

Yahoo.... sukanye aku ari ni. Setelah difikir-fikir aku pun mengambil keputusan nak ambik jer broandband ku yg baru. Tu pun sebab ade promosi. Aku pun terjah jer kat shopping mall tadi lepas balik dari keje. Jeng...jeng...jeng.....


Ni la broandband ku yg baru. Siap dengan simkad baru lg. Kalau nak tahu bil yg lama tu RM68 sebulan campur dgn cetak bil RM2 jadi RM70. Aku pun ambik keputusan ambik bil yg lagi rendah. Cukup la setakat nak tengok fb aku dgn blog ku jer. Bil sekarang RM48 jer sebulan. Aku tak ambil cetak bil so celcom akan email jer kat aku. So dapat la jimat RM22 sebulan. Ok la....

Untuk 3 bulan pertama aku hanya kene bayar RM38 jer. Kalau  3 bulan dapat jimat la dalam RM30. Tu yang aku nak ambik. Kalau beli modem sahaja paling murah pun dah RM160. Kira dah jimat la. So yang lama aku akan ucapkan hai...hai...bye....bye...jer. Terpaksa la aku kene pergi kat kedai celcom untuk matikan talian. Tapi tak pe la janji aku dapatkan jimat duit demi harga minyak yang selalu naik apetah lagi harga barang pun akan naik jugak.

Tuesday, February 1, 2011

Harga Minyak Naik Lagi

Hah.... ape lg senyum la



Jangan marah..................


Semua orang kene sabar tunggu la pulak  berita kenaikan harga barangan pulak yang naik. Dalam keadaan begini jangan naik darah la. Nanti tak pasal-pasal kena sakit jantung lak. Aku dah naik lali dengar citer minyak naik. Tapi nak buat macam mane. Kalau kat KL boleh la naik LRT. Tapi kalau kat Terengganu nak naik ape selain kereta. Kalau naik moto macam mane nak bawak bwk sitwin. Hantar rumah pengasuh.Nak tak nak kene la terima berita kenaikan minyak dgn hati yg terbuka. Walau dalam hati hanyer tuhan jer yang tahun.

Popular Posts