Jom Klik

Monday, June 20, 2011

Ape Nak Jadi????

Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

 

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

Sumber: Harian Metro

 

19 comments:

  1. aduhai..manusia zmna sekarang ni..xknl dosa pahala

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah.

    Kurang ilmu menjadikan diri dikuasai syaitan.

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah.......dunia...dunia......

    ReplyDelete
  4. anak pulak dia wat bini..
    sampai 3 anak lak tu...

    ReplyDelete
  5. dunia oh dunia...apa nak jadi kan..dengan anak sendiri pun bernafsu

    ReplyDelete
  6. sedih mengenangkan anak-anak kecil. saya tak mahu mengutuk perbuatan bapa dan anaknya walaupun terang-terangan perbuatan mereka sangat-sangat terkutuk! semoga allah menemukan mereka ke jalan yang di-redhai!

    ReplyDelete
  7. Sedih! Bagaimanalah nasib anak2 itu... :(

    ReplyDelete
  8. Apalah status anak2 tu nnt..Sebenarnya dalam hukum islam apa yg sepatutnya dilakukan kepada mereka yg mmbuat perkara mcm ni??

    ReplyDelete
  9. Salam...kesian kat anak2 dia la....sampai 3 org tu...nak panggil anak ke cucu...

    ReplyDelete
  10. salam ziarah.. ayu dah baca paper pagi tadi

    mmg sangat2 sedih...
    agak2 jiran sebelah rumah anggap depa mmg laki bini...em,..

    ReplyDelete
  11. Adoiiii...malu nyer saya...malu nyer...
    sah memalukan anak negeri jer lah mereka nih.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah, apa nak jadii ni..
    sedih bila bc berita mcm ni

    ReplyDelete
  13. Na'uzubillah Himinzalik. Tembok pemisah antara ayah-anak terpaksa dibina demi menjauhkan kemungkaran.

    ReplyDelete
  14. huhu aku tak bolh nak bygkan..semoga menjadi pengajaran kepada semua..

    ReplyDelete
  15. 22 pn salah..
    x perlu ringankan hukuman pun..

    x sgka ad kes mcm ni..

    ReplyDelete
  16. bila baca rasa mual. bila fikir rasa macam tak masuk akal. angah rasa macam nak interview je anak beranak ni, nak tahu apa la yg ada dalam pikiran diorang nih.

    ReplyDelete

Popular Posts