Jom Klik

Thursday, June 23, 2011

Lawak Mee Bandung

Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" di belakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang
dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata
Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"



~tiap kali aku oder mee bandung mesti igt cete lawak bangang ni hehe~

Nota kaki: Ape yang anda fikirkan????

22 comments:

  1. kih kih kih kih.... mengong punya lawak... hahahahaa..

    p/s : sila setkan pop up utk komen nih yerr...

    ReplyDelete
  2. Lama dulu kakcik dengar cerita ini dari suami kakcik. :)

    ReplyDelete
  3. belum pernah lagi makan mee bandung.boleh kirimkan dengan saya 1.tak mau telur ok.wakakaka.

    ReplyDelete
  4. kelakar...
    sekali dpt kembar 4, mati kutu lah nak hantar duit..hehe

    ReplyDelete
  5. kahkahkah....
    nah ko!!!!! kembar empat terus...

    ReplyDelete
  6. he..he.. tergelak sorang2 depan pc.. lps ni kalau makan mee bandung sure teringat lawak ni.. ha..ha..

    ReplyDelete
  7. haahahah adoyaiii....mau tak pengsan...amek ko...

    ReplyDelete
  8. hahaha..No pernah bc dlu..tp stil lawak..

    ReplyDelete
  9. sekali kembar 4 da....

    hihii

    2 gugurl....2 boboy :)

    ReplyDelete
  10. wahaaaaa. 2 lelaki, 2 perempuan.

    ReplyDelete
  11. Memula dengar lawak ini kami dulu gelak satu office hingga ada makcik cleaner pun ikut sama berhenti dek lawak ini.

    Intrepetasi kami masa tu dah bersalin anak lelaki tapi laki dia yg dikatakan tak ada telur tu pengecut so dia mahu duit kalau tak pecah tembelang...Hahaha....

    ReplyDelete
  12. hahahah...amik..hahaha aduhh..

    ReplyDelete
  13. hahaha...
    dah la febret makan mee bandung... lepas ni klu nak makan suke nak gelak dulu... lawak ah...

    ReplyDelete
  14. hahahahahaha
    2 lelaki 2 pompuan.
    sabo jela

    ReplyDelete
  15. hahahaha...

    lawak ni mmg best, pernah dengar

    ReplyDelete
  16. hahaha...lawak tul...mesti 2 laki 2 pompuan anak yg lahir tue..hehe

    ReplyDelete
  17. kita ketawa pecah perut, tapi bagi yg kena batang hidung tu camna a? Padan muka dia kan?

    ReplyDelete
  18. haha..xpenah lg jmpe lwak mee bandung ni..

    ReplyDelete
  19. dah pernah dengar dah jenaka ni, tapi still gelak bila baca yang ni

    ReplyDelete
  20. heh3...pernah terbaca kat mustika kot...
    mmg lawak.

    ReplyDelete
  21. Assalamua'laikum,salam kenal dari Dede Thea from Bandung Indonesia,saye sudah tengok your blog,woooww nice blog I like it,ijinkan saye tuk menjadi follower for your blog,and singgalah on my blog siapatahu ada guna,and thank you before kalau anda berkenan menjadi follower for my blog.Salam persahabatan,wassalam

    ReplyDelete

Popular Posts